Satu Hari Pelbagai Kesah
Bangun di pagi hari dah mula cek emel, sarapan milo ais dengan roti bakar. Semak akaun tengok tengok banyak pendaftaran ahli baru dalam akaun. Kiranya hari yang berseri lah ni. Dapat panggilan dari ahli Singapura, rupa-rupanya dah sampai Seremban menuju ke KL. Bergegas saya siap, terus menemui beliau menemani menemui prospek. Dari jam 2:00pm hinggalah jam 6:30pm. Saya bersempatan telefon Azahar. Rupanya dia berdekatan dengan saya, Jusco Wangsa Maju.
Saya terus menemui dia. Alangkah terperanjat saya Dr. Zurina pun ada, kenalan lama dalam industri MLM. Bagus la, kebetulan berjumpa, saya bancuh la sikit sikit. Azahar dah cerita penuh pun. 1/2 jam saya bersama mereka, saya bergegas menghantar produk di Shah Alam. Salah tempat.. salah terima info lokasi. Berpusing pusing di sekeliling Shah Alam.
Kemudian saya ke Klang, kebetulan saya singgah jemput Anita dan terus ke lokasi taklimat mingguan di Sri Andalas. Terima berita Amer 001, kereta dia pulak rosak, ekzos jatuh katanya. Dalam hati saya, banyak dah jasa ekzos tu, jauh dah berjalan. Tak mengapalah. Saya minta Anita menyampaikan taklimat produk kepada hadirin dulu. Amer masih tak sampai lagi. Saya bagi tugasan kepada Subra untuk menyampaikan taklimat Pelan Pemasaran. Dalam jam 10:30mlm baru Amer sampai bersama Jasmi.
“Apahal nyer Mer” taya saya pada Amer. “
“Cerita bagus ni, ekzos jatuh..luruh. Elok jugak.. saya dah pasang ekzos baru.. dua serombong kiri kanan.. AMG spek baru oooo” Amer jawab dengan girang walaupun duit pairing hari ini dah dibelanjakan abis.
Lambat bermakna…. Subra selesai memberi taklimat, Amer ambil alih wancana closing. Tunjuk pendapatan terkini dia.. baru 3 bulan 00000 cecah RM130K ! Bulan Januari je cecah RM50K. saya sendiri tak boleh tahan tengok.
Selesai je taklimat, saya bergegas ke Hululangat. dah janji dengan prospek jam 12:30mlm. Ni baru betul… Meniaga Larut Malam.
Sembang punya sembang jam 3:00am baru selesai dan terus pulang ke rumah. Sampai je ke rumah menunggu ayam berkokok menyambut suboh.
Wahai pembaca…, Pengorbanan masa dan pengurusan masa kadang kala tak dapat diseiringkan. Apa yang kita rancang kadang kala langsung tak dapat diikuti. Walaubagaimana pun dalam konteks korban, ia merupakan satu hadiah yang amat bernilai dalam taruhan menempuh kejayaan. Tetapi pengurusan belum tentu boleh terurus sempurna seperti yang dihajati. Ketahuilah Kesempurnaan itu adalah mengimbangi laluan hidup lebih teratur. Wallahualam.