Pemindahan Pelayan Baru Extrememan2u.com

Rata-rata diantara ahli-ahli extrememan ingin membuka laman web tidak berjaya. Menyeratakan maklumat kepada kesemua ahli tidaklah mustahil jika ada kerjasama.
Pelayan (server) extrememan pada 26hb. Februari, 2008 dipindahkan ke tempat baru yang lebih ‘powerful’ bagi tujuan keberkesanan dan kelancaran dihari akan datang. Ini adalah satu matlamat sangat baik yang dirancang lebih awal bagi memastikan kelembapan pengaksesan tidak berlaku. Kemasukan dan pendaftaran keahlian bertambah dari hariĀ  kehari. Jelas peratusan keahlian meningkat.

Frank sebagai moderator webchat dan juga juruprogram extrememan telah menyampai mesej seperti berikut :
26/Feb/2008 3:53:05 PM
We had just moved to new server (IP address 124.217.227.69). If you encountered any troubles or page error or slow, please report at area Performance.

Thanks for your cooperation.

Selain itu, beliau ada menyatakan pada mesej berikutnya :
26/Feb/2008 10:17:25 PM
usahawang & all,
the new server is running as normal now. Only waiting the DNS servers around the world to be updated with latest IP address.
The propagation takes about 24 ~ 72 hours.

Maklumat demi maklumat dinyatakan bagi menyelaras dan mengurangkan kebimbangan ahli ahli terhadap perkembangan laman web. Frank patut dipuji kerana tanggungjawab dan kerja kerasnya.
Terima kasih dan tahniah untuk beliau.

Harapan kami kestabilan pelayan amat dinantikan.

Semalamnya di taklimat PGRM, saya sempat bertemu dengan kehadiran pemimpin Extrememan2u Singapura, Che Mad dan Zul dan 2 extremewoman. Semangat tinggi menghadirkan diri amat dialu-alukan dan juga tidak sangka kepada Tuan Hj Timan dan rakan perniagaannya dari Medan, Indonesia turut menyerikan majlis tersebut.

Tinggalkan jawapan