Bengkel Usahawan Cemerlang Extrememan Johor
Terima Kasih kepada Sdra Zakaria yang bertindak sebagai penganjur untuk julung julung kalinya mengadakan bengkel sehari kepada ahli ahli Extrememan di Johor.
Tarikh 23hb Mac, 2007 (ahad) menjadi tarikh bersejarah bagi kumpulan pertama yang dihadiri oleh seramai 15 ahli. Bengkel ini diadakan mulai jam 9:30am hingga 5:00am di Hotel Selesa, Johor Bharu.
Professor Madya Mohd Salleh Haji Mohamed dan saya sendiri menjadi fasilitator bagi bengkel ini. Bengkel ini meliputi Pemahaman Produk, Pelan Pemasaran, Kemahiran Berunding dan Kesedaran Kewujudan Peluang Perniagaan Extrememan.
Walaupun sehari sahaja bengkel ini berlangsung, maklumbalas diterima dari peserta amat membanggakan. Bagi kami sebagai fasilitator, sehari tidak cukup bagi kami untuk menyampaikan maklumat yang impak lagi berkesan bila peserta, keluar tamat menyertai bengkel ini. Kami berhasrat untuk memperbaiki mutu penyampaian dan pendekatan dan mungkin memperlanjutkan bengkel seumpama ini kepada 3 hari 2 malam bersesuaian dengan matlamat.
Selain dari itu, harus dipuji di atas kehadiran seorang ahli berbangsa cina iaitu Sdra Toh Seng Kiat yang banyak memberi ide. Perkongsian ide yang beliau pertengahkan jelas menunjukkan bahawa ilmu yang ada pada dirinya bukan hanya untuk dirinya sahaja bahkan bersedia untuk disalurkan kepada yang lain walaupun bukan dari kumpulan beliau. Kami berbangga atas kerjasama beliau.
Kerjasama ahli ahli memberi pandangan adalah digalakkan. Ini akan dapat membantu kita sebagai ahli yang duduk di bawah satu payung terus berdaya maju dan berjaya.
InsyaAllah, kita harungi peluang perniagaan yang ada kini sebagai tapak kita melahirkan ramai jutawan
http://www.extrememan2u.com/rekacara
Catatan ini telah dibuat pada April 2, 2008 pada 8:28 pm di bawah Diari, Sumber Baru, Taklimat dengan label bengkel, extrememan, extremewoman, hotel selesa, johor, Johor Bahru, Taklimat, worksyop. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed Anda boleh catatkan maklumbalas, atau trackback daripada laman anda.






