Extrememan2u Serbu JB, Singapore dan Batam
JB 28/03/08 (Jumaat)
Jam 9:00pm bermulalah taklimat di dewan langkasuka II Hotel Seri Malaysia Larkin JB, wah! sungguh mengagumkan, kebanjiran para hadiran yang tidak di duga hingga ada yang tidak dapat masuk ke dalam dewan. Sambutan sungguh menggalakkan. Ini adalah petanda semarak extrememan mulai hangat.
Saya dapati bukan saja ahli dari JB yang hadir, malah dari Batu Pahat, Muar, Pontian dan Kota Tinggi.

Ahli Extrememan Indonesia Sdra Hasbullah turut hadir dalam taklimat ini.

Puan Farah menerima Sijil Penyertaan Bengkel Kecermelangan Perniagaan Extrememan.
Turut hadir pada taklimat ini juga adalah dari leader leader dari Kuala Lumpur, Sdra Amer (001), Juan Fadzli, Harris, Rosli dan wakil syarikat Pak Munir. Taklimat selesai jam 11:30pm.
Singapura 29/03/08 (Sabtu)
Dari Hotel Seri Malaysia JB, kami menyewa teksi ke Wisma Indah Changi Road Singapore. Jam 3pm kami memulakan taklimat. Inilah kali pertama Sdra. Amer berkesempatan hadir memberi taklimat di temasik ini. Sebelum ini saya datang bersendirian untuk tujuan taklimat.
Saya percaya, dengan kehadiran 001 ini, dapat membantu ahli ahli Singapura lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti perniagaan Extrememan, apatah lagi cara dan corak persembahan Sdra Amer kita begitu gah.

Sdra Ahmad (001 Singapura) memberi motivasi.

Inilah ExtremeWoman Singapura…berkaliber
Kesudahan taklimat dari Sdra Amer, mewujudkan ketidak keraguan ahli extrememan Singapura untuk bertindak. Semangat memuncak dan penerimaan secara terbuka menyerlah. Terima kasih kerana kehadiran semua yang begitu memberi komitmen.
Selesai sahaja pada jam 6:00 pm, kami bergegas mendapatkan feri ke Pulau Batam, Indonesia. Perjalanan mengambil masa 1 jam 5 minit. Sampai di jeti, kami di sambut oleh Sdra Alfan leader Extrememan Batam. Kami merasakan sambutan rakan rakan perniagaan Batam sungguh menakjubkan. Layanan diberikan dan ramah mereka tidak menjanggalkan kami. Masa kami menukarkan wang, kami secara langsung menjadi jutawan, rata rata dari kami menukar wang ke 1 juta rupiah.
Sampai di hotel Ozon Internasional, kami sungguh terperanjat, telah ramai berhimpun, sedangkan taklimat yang dirancangkan akan diadakan keesokan harinya. Kami terus di bawa ke restoran benteng dan sambil sambil membincangkan hal hal extrememan. Riuh rendah suasana kerana makanan memang enak dan bagi kita orang Malaysia harganya amat murah, buruk lantak memasing.
Batam 30/03/08 (Ahad)
Memang hebat dirasakan… itulah ungkapan yang boleh saya katakan. Dua sessi taklimat telah dibuat, jam 12 tengahari dan jam 3 petang. Inilah sambutan padu yang diberikan oleh orang Batam.

Amer memberi tanda ‘bagus”. Memeperolehi pendapatan 1/2 Miliyar.

aik? Sdra Harris leader Kuala Lumpur kita jaga kaunter ke?

Perbincangan antara leader Batam dan Sinagpura.
Didapati serbuan ke Pulau Batam ini terdiri dari tiga kumpulan Malaysia, Kumpulan Timeniaga Singapura, Kumpulan CariWang dan Kumpulan Zack JB. Mungkin kerana inilah Batam sungguh meledak. Dengan harapan perkembangan ini akan tersalur ke seluruh Indonesia.

Sdra Alfan leader extrememan Batam.
Kami sungguh tertawan dengan kemeriahan di Batam. Batam juga dikenali sebagai lubuk MLM. Diketahui orang Batam memang gemar dengan perniagaan berangkai seumpama ini. Kita memang akur dan memahami bahawa MLM lah punca kewangan tiada had dengan modal yang rendah.
Terima kasih kepada penganjur.
Kami sungguh tidak menyangka, kami ingin pulang ke JB dan KL sesudah selesai taklimat disebelah petang, malangnya ditahan oleh mereka. Mereka ingin lanjutkan perbincangan sebelah malam, begitulah semangat orang Batam.
Maka kami pulang ke Malaysia pada esok hari Isnin 31/03/08.
Yang hadir di Batam ialah Sdra Ameer (001), Juan Fadzli, Harris, Zakaria Omar, Toh, Rosli, Pak Munir, Che Mad dan ramai lagi leader leader dari Singapura.
Berjumpa kita dipuncak kejayaan.
http://www.extrememan2u.com/rekacara



